|
|
 |
 |
|
Friday, July 22, 2005
Ada beberapa jenis pakaian Melayu seperti baju kurung,baju kebaya,songket,batik,jubah dan lain-lain lagi.Ia boleh dipakai oleh sesiapa dan dimana-mana.Lelaki boleh memakai baju kurung untuk pergi ke masjid untuk sembahyang.Wanita pula boleh memakai baju kurung ke kerja.Kedua-dua lelaki dan wanita juga boleh memakai pakaian Melayu apabila menghadiri makan malam.
Telah didapati banyak perubahan kepada pakaian Melayu.Pakaian kaum lain juga terlibat untuk membuat perubahannya.Satu contoh ialah cheongsam.Kancing yang terdapat di cheongsam juga boleh didapati di baju kebaya kini.Lagi satu contoh ialah saree.Ada juga ramai wanita memakai saree dengan pakaian Melayu mereka.
Pakaian Melayu juga ada keuntungan dan kerugiannya.Keuntungannya ialah ada orang berniaga dengan menjahit baju pakaian Melayu.Kerugiannya ialah ia amat sukar untuk mendapat pakaian Melayu dengan harga yang berpatutan.Tetapi ada juga orang melayu yang membeli pakaian melayu yang amat mahal.
Pada pendapat saya,pakaian melayu amat popular kerana boleh didapati orang yang berbangsa lain juga memakai pakaian melayu.Hari Keharmonian Kaum ialah satu contohnya.Saya ternampak bahawa ada juga kaum cina memakai pakaian melayu untuk menyambut perayaan ini.
Posted at 07:51 am by Nana91
Permalink
Wednesday, July 20, 2005
Pakaian Melayu terdapat dalam berbagai-bagai bentuk,warna dan lain-lain lagi.Ia boleh dipakai oleh sesiapa,tidak kira usia.Kebanyakan golongan orang dewasa sahaja yang memakai pakaian Melayu.Satu sebab ialah ada orang dewasa telah memakainya sejak kecil lagi dan telah menjadi sesuatu kebiasaan.Pada pendapat saya,kebanyakan remaja lebih suka memakai baju rumah daripada pakaian Melayu hari-hari.Mereka hanya memakai pakaian Melayu apabila mereka harus menghadiri sebuah majlis atau perayaan.
Posted at 11:05 am by Nana91
Permalink
Tuesday, July 19, 2005
-Unit 11 Pakaian Melayu-Latihan Menulis Karangan Deskriptif
Soalan
Kamu diundang untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk 'Pakaian Tradisional dalam kalangan Masyarakat Melayu Hari Ini' oleh majalah remaja Khazanah Kita.Dalam artikel itu,kamu diminta menerangkan perkara-perkara yang berikut:
-jenis-jenis pakaian Melayu
-perubahan-perubahan yang berlaku pada pakaian Melayu hari ini
-majlis-majlis pakaian Melayu dipakai
-beberapa cara untuk mengekalkan pakaian Melayu dalam masyarakat kita.
Pengenalan
-terdapat dalam berbagai jenis,bentuk,warna dan lain-lain lagi.
-boleh dipakai oleh sesiapa,tidak kira usia.
-sesuai untuk perayaan atau majlis.
Isi 1
-beberapa jenis pakaian Melayu:baju kurung,baju kebaya,batik,songket,jubah dan lain-lain lagi.
-boleh juga dipakai untuk kerja;untuk orang yang kerja di jabatan.
-lelaki memakai baju kurung ke masjid untuk sembahyang.
-wanita boleh pilih untuk memakai pakaian melayu apabila mereka harus menghadiri makan malam dengan sebuah klien atau dengan keluarga.
Isi 2
-banyak perubahan telah dilakukan kepada pakaian melayu kini.
-pakaian kaum lain juga terlibat untuk membuat pakaian melayu lebih menarik dan cantik,membuatnya lebih popular.
-cheongsam,salah satu pakaian kaum lain yang dikenalkan kepada pakaian melayu.
Isi 3
-pakaian melayu juga ada keuntungan dan kerugiannya.
-keuntungan:ada orang berniaga dengan membuat pakaian melayu;menjahit.
-kerugian:amat sukar untuk mendapat pakaian melayu yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Penutup
-kaum melayu dikirakan untung kerana terdapat berbagai jenis pakaian melayu yang sesuai untuk pelbagai majlis atau perayaan.
Posted at 08:55 pm by Nana91
Permalink
Thursday, July 14, 2005
Unit 11 Latihan Perbincangan
Kami memilih gambar ini kerana pakaian mereka sesuai untuk Majlis Budaya Melayu walaupun ia tidak seakan.Pakaian mereka juga sesuai untuk majlis perkahwinan,jemputan dan lain-lain lagi.Untuk wanita yang memakai tudung,mereka boleh memilih tudung pilihan mereka yang sesuai dengan baju yang wanita di dalam gambar ini sedang memakai.Lelaki yang berada di dalam gambar ini kelihatan kemas dan sopan kerana dia sedang memakai samping dan songkok.Mereka juga boleh pilih untuk memakai pakaian lelaki ini tanpa samping atau songkok.
Posted at 07:00 pm by Nana91
Permalink
Monday, July 11, 2005
Kerana kami dilanjutkan ke semi-finals untuk 4x100m,kami harus meninggalkan sekolah pada pukul 11.30am untuk ke Choa Chu Kang stadium.Kami menghadapi beberapa masalah apabila berada di sana.Yang pertama,tiada orang berada di sana untuk menjaga barang-barang milik kami.Kedua,penyiar tidak membuat pengumuman dengan jelas jadi kami terpaksa khuatir kerana belum lagi sedia.Ketiga pula,kami tidak ada tape.Syukur kerana ada juga 3 rakan kami yang telah datang untuk memberi pertolongan.Walaupun kami tidak mencapai standar untuk ke final,kami berasa bangga kerana dapat berakhir jauh begini.
Posted at 10:35 pm by Nana91
Permalink
Friday, July 08, 2005
Pertandingan 100m & 4x100m di Choa Chu Kang Stadium
Saya tidak hadir di sekolah pada hari ini kerana saya ada pertandingan 100m pada pukul 7 di Choa Chu Kang stadium.Malangnya,saya tidak dapat mencapai standar kerana saya lambat 0.06 secs.Pada petang itu,saya juga ada pertandingan 4x100m bersama 3 lagi rakan saya.Apabila saya dan rakan-rakan saya sedang makan malam di kfc,kami diberitahu oleh cikgu kami bahawa kami telah mencapai standar dan mahu kami hadir ke latihan tambahan keesokan harinya.Kami semua berasa sangat gembira.
Posted at 09:27 pm by Nana91
Permalink
Thursday, June 30, 2005
Latihan Kefahaman 'Bawalah Aku Ke Sana'
A:unta dan motosikal
Kekurangan
-Unta hanya boleh berjalan di gurun pasir dan kadang-kala berlakunya badai pasir.
-Walaupun motosikal boleh bergerak dengan pantas,ia juga merbahaya kerana sesuatu kemalangan boleh berlaku.
-Penunggang motosikal harus mempunyai lesen.
Kelebihan
-Unta boleh berjalan untuk masa yang lama tetapi motosikal harus mengisi minyak apabila kekurangannya.Ia juga memerlukan duit untuk bayar harga minyaknya.
-Motosikal boleh bergerak dengan laju dan boleh sampai ke destinasinya dengan cepat tetapi unta menggunakan masa yang lama.
Nama pasangan:Priyanka
Pemahaman
1.Pedicap digunakan untuk mengangkut penumpang ke tempat yang berdekatan dengan stadium,tempat meletak kereta,di sekitar kampus universiti atau tempat-tempat menarik dalam satu kawasan yang besar.
2.Penarik beca zaman dahulu kebanyakannya berbangsa Cina kerana kehidupan mereka susah.
4.Seseorang itu harus duduk bersandar ketika menaiki beca tarik supaya berat becanya seimbang dan memudahkan penarik beca itu berlari.
5.Penarik beca harus menyusur jalan kampung yang gelap-gelita dengan lampu minyak yang tersangkut pada sebelah kiri dan kanan madgad becanya.
6.Alas kaki penarik beca ringan dan lasak.
Kosa Kata
1.kampus-kawasan universiti atau kawasan maktab.
2.hijrah-meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.
3.bersandar-duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pada sesuatu supaya selesa.
4.berlopak-lopak-tanah lekuk yang berisi air.
5.madgad-kepingan besi yang dipasang menutupi roda basikal,beca,dan lain-lain lagi.
6.menyusur-berjalan atau bergerak mengikut tepi sesuatu.
7.diharungi-melalui sesuatu kesukaran.
8.asfalt-bahan seakan-akannya tar yang digunakan untuk melapisi jalan dan sebagainya.
Posted at 04:45 pm by Nana91
Permalink
Monday, June 13, 2005
Saya tidak dapat berlatih untuk speed work saya untuk latihan track and field hari ini disebabkan kaki saya sakit.Latihan hari ini juga membosankan kerana kami tidak dapat membuat sesuatu yang menarik seperti biasa.Lagipun,tidak ramai orang yang telah hadir.Saya juga disuruh berlari-lari anak untuk enam pusingan tetapi hanya berjalan selama itu.
Posted at 09:37 pm by Nana91
Permalink
Thursday, June 09, 2005
-Wings Tracks & Field Meet di Stadium Gombak
Saya dan dua lagi kawan saya ke stadium Gombak untuk melihat sambil memberi kesempatan kepada beberapa pelari yang akan bertanding pada hari itu.Bunyi tembak,yang ditembak untuk mulakan pertandingan,sungguh kuat dan menakutkan.Semua pelari pada hari itu telah mendapat position yang memuaskan.Pertandingan itu berakhir pada pukul 9 malam.Saya dan kawan-kawan saya menggunakan left-over time untuk berjalan-jalan di Junction 8.Kami berpisah untuk pulang ke rumah setelah puas berjalan pada malam itu.
Posted at 11:37 pm by Nana91
Permalink
Monday, June 06, 2005
Latihan hari ini tidak begitu baik kerana saya sakit tetapi dipaksa berlari 100m sepuluh kali.Sungguh memenatkan.Kami sekumpulan track & field juga telah bertanding secara friendly dalam 4x100m relay.
Saya telah dipilih untuk bertanding,di National Junior,dengan sekolah yang berlainan.Saya hanya berharap agar saya dapat dilanjutkan ke semi-finals.
Posted at 10:22 pm by Nana91
Permalink
|
|

LaugHiNg PriNcEss
.fathanah.
.thirteen.
.011291.
.2e3.
|
|